Wednesday, October 22, 2008

Isu Penuntut Islam di IPT : Pergaulan Bebas

Di alaf ini, banyak senario yang berlaku di kalangan mahasiswa yang tidak lagi mementingkan nilai-nilai Islam di dalam pergaulan seharian di antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim. Di sana sini, kita dapat lihat mereka ini tanpa segan silu bergaul dengan mesra, bertepuk tamper, berpegangan tangan dan sebagainya mengira batasan yang digariskan oleh syarak. Jika kita lihat secara kasar, perkara ini hanya dipandang ringan oleh sesetengah pihak. Lebih memburukkan lagi, ada yang menganggap jika tidak ada percampuran lelaki dan perempuan maka akan dikatakan tidak mahu menerima perubahan dan tidak mengikut peredaran zaman. Sedangkan apa sahaja perkara yang ditegah dan dilarang oleh agama itu ada hikmah disebaliknya.
Hal yang demikian, ketahuilah bahawasanya pergaulan bebas ini boleh membawa kepada keburukan. Maka sedarlah wahai masyarakat semua, sesungguhnya kita tidak boleh menuding jari siapa yang bersalah dalam hal ini. Sebaliknya, kita hendaklah sama-sama untuk mencari jalan penyelesaiannya.

2 comments:

BINTANG HATI : said...

asssalamualaikum..tahniah kerana saudari kerana dapat mencipta satu blog yang mengandungi informasi-informasi yang berguna kepada khalayak..walaupun tidak banyak tetapi ianya mempunyai makna..

ainnur said...

assalamualaikum....isu yang diutarakan di blog tatapan ini amatlah sesuai sekali dengan peredaran zaman kini bukan sahaja di kalangan penuntut islam di IPT,malah dimana2 saje dapat kite lihat di negara ini. Kalau boleh, perbanyakkan lagi isu-isu yang berkaitan dengan penuntut IPT di negara ini agar dapat di kongsi bersama..