Tuesday, October 21, 2008

Ekonomi Islam

Sebagai orang Islam, kita haruslah kembali kepada kekuatan ekonomi yang merupakan penggerak utama kepada kemajuan ummah. Dengan segala kemudahan infrastruktur dan pembangunan modal insan yang ditawarkan, generasi muda Islam haruslah bangkit ‘menawan’ sistem ekonomi yang ada pada masa kini yang telah dimonopoli oleh pihak-pihak tertentu.
Misalnya, dalam perbankan Islam yang diaplikasikan di dalam negara-negara Islam yang lain. Selepas 20 tahun, sistem kewangan dan perbankan Islam telah diperkenalkan. Ia telah menunjukkan penglibatan orang bukan Islam dalam perbankkan Islam yang membanggakan. Ini memperlihatkan muamalat Islam semakin diterima oleh pelbagai peringkat masyarakat.
Selain itu, tenaga muda Islam perlulah bijak mengambil peluang dalam bidang perniagaan dan keusahawanan kerana penglibatan mereka masih lagi belum memberangsangkan. Oleh itu, golongan ini perlulah dilatih dengan ilmu-ilmu perniagaan dan didedahkan dengan dunia ekonomi, pasaran saham dan kewangan sehinggalah ke peringkat global.
Oleh itu, kita sebagai umat Islam haruslah bersama-sama meningkatkan lagi ekonomi kita agar kita tidak mudah digugat oleh anasir-anasir luar. Kita hendaklah sama-sama memajukan ekonomi Islam supaya tidak mundur.

1 comment:

smk pulau tawar said...

Assalammualaikumm..
Artikel ini banyak memberikan input yang berguna terutama dalam aspek ekonomi Islam. Secara tidak langsung pembaca dapat mengetahui serba sedikit mengenai ekonomi Islam. Di harap artikel ini dapat dijelaskan lagi dengan penuh padat.
-gadis biru-