Tuesday, October 21, 2008

Ilmu-ilmu Islam

Ilmu adalah merupakan satu aset yang akan terus kekal selama-lamanya. Dengan ilmu, nyawa seseorang itu akan terus hidup walaupun dirinya terkujur kaku di bawah bumi. Islam adalah agama yang sangat menerapkan kepentingan menguasai ilmu di dalam hati dan jiwa setiap muslim sehinggakan seawal-awal bicara tuhan yang dihadiahkan kepada Rasulullah adalah mutiara firman yang membicarakan perihal salah satu cabang ilmu.
Kebangkitan masyarakat yang mendambakan ilmu pengetahuan terus wujud dan subur di dalam komuniti muslim hinggakan generasi hari ini dapat melihat khazanah ilmu Islam yang terlalu menakjubkan sebagai hasil tinggalan generasi terdahulu.
Sudah sampai masanya pelajar agama perlu serius dalam usaha untuk menguasai ilmu Islam semata-mata kerana ingin merubah suasana hanyir masyarakat Islam pada hari ini dengan membina ketamadunan ilmu di dalam kota diri masing-masing kerana satu-satunya jalan untuk menjulang kembali maruah umat Islam adalah dengan cara kesedaran dan kefahaman yang merupakan buah kepada nilai ilmu yang berpandukan wahyu.

1 comment:

tymoon said...

semoga generasi muda Islam kini adalah generasi yang berkualiti dan penuh dengan ilmu-ilmu agama supaya mampu menegakkan syiar Islam..