Friday, September 12, 2008

Pembinaan Sesebuah Keluarga Islam.

Islam telah menggariskan satu panduan hidup yang lengkap dan rapi bagi segala perkara yang berkaitan dengan kehidupan manusia. Keharmonian sesebuah keluarga adalah faktor penting bagi mewujudkan sebuah keluarga yang sejahtera bahagia dan cemerlang. Setiap ahli keluarga mempunyai peranan tersendiri dalam membentuk keluarga yang cemerlang. Suami mempunyai hak ke atas isteri dan anak-anak dan demikian jugalah sebaliknya.
Islam merupakan satu garis panduan yang penting dalam membentuk sesebuah keluarga. Dalam membentuk hubungan kekeluargaan tersebut, asas syariah, akidah dan akhlak Islam perlu ada. Suami isteri memainkan peranan untuk mendokong dan menghayati konsep al-Mawaddah dan al-Rahmah sebagaimana dalam firman Allah s.w.t dalam surah Al-Rum ayat 21 yang bermaksud;
'Antara tanda-tanda kebesaran dan kekuasaan Allah s.w.t ianya mencipta untuk kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan antara kamu rasa kasih sayang (Al-Mawaddah) dan belas kasihan (Al-Rahmah), sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda orang-orang yang berfikir'.
Di dalam membentuk sesebuah keluarga, terdapat beberapa ciri yang perlu ada dalam keluarga itu sendiri. Antaranya memiliki sifat bertakwa, bekerjasama, saling memahami, sayang menyayangi dan bertanggungjawab antara satu sama lain. Konsep ketakwaan kepada Allah s.w.t harus dititikberatkan dalam setiap ahli keluarga iaitu taat segala perintah dan menjauhi segala larangan Allah s.w.t. Solat lima waktu contohnya, tidak seharusnya diabaikan oleh setiap ahli keluarga. Anak-anak yang masih kecil seharusnya dididik mengerjakan solat supaya apabila dewasa nanti mereka memahami bahawa sembahyang itu adalah wajib dan sebagai tiang agama bagi setiap umat Islam.
Keluarga yang cemerlang memerlukan anak-anak yang terdidik dengan sifat kasih sayang, penuh ketaatan dan rasa tanggungjawab. Anak merupakan anugerah yang tidak terhingga daripada Allah s.w.t kepada hamba-hamba-Nya. Kelahirannya seumpama kain putih bersih daripada noda dan kekotoran duniawi. Justeru itu, ibu bapalah yang mencorakkan warna-warnanya. Dengan didikan yang sempurna ini, anak-anak dapat memikirkan perkara yang baik dan buruk, seterusnya mentaati ibu bapanya yang melahirkannya ke dunia. Taat kepada ibu bapa ini bukanlah taat kepada perkara yang mungkar seperti meninggalkan sembahyang, puasa dan lain-lain, tetapi ketaatan seorang anak itu adalah atas perkara yang makruf dan yang diredhai Allah s.w.t.

1 comment:

Muslimah Sejati said...

assalamualaikum...
pranan ibu bapa kini amat pntig dalam pmbntukan ank-ank..memg btul...ibu bapa yng mencorakkan ank-ank ktika mane ank-ank masih kecil..pd waktu ank-ank rmaja merupakan waktu yg pling pting untuk ibu bapa mendkati ank-ank, ini adalah kerana d waktu ini ank-ank menigkt remaja dan ingin di beri perhatian..pd waktu ini juga ibu bapa perlu memahami ap yg diinginkan oleh ank-ank..ibu bapa perlu menolak apa yg diinginkan oleh ank-ank sekirany ia bercanggah dgn syariat dgn baik tnpa perlu menyebabkan ank-ank memberontak..namun pada masa kini ap yang sye lihat ibu bapa kurg menberi phatian kpada anak-ank kerana lebih mementingkan kerjya dari mendidik..tetpi ada juga ibu yng bhenti kerja untuk memberi tumpuan kpada ank-ank..tidk kurag juga yng menhantr ank-ank ke pust jagaan yg dia sendiri tidak tahu samada pust asuhan tersebut dpt mendidik ank-ank merka degan baik atau tidk..bekerjaya bkanlah pnghalag untuk tidk mendidik ank-ank dengan baik, tetapi seseorng yang ingn berkejaya prlula pndi dalam mgurus keluarga..insyallah seme akn mjdi ibu dn bapa, so ntni ble korg nk jd ibu atau bapa knelah pndi jge ank-ank ye...jgn duk sbuk nk kmpul hrta je...igt..ank-ank tu amanah Allah yg perlu kite jge...hehehe.good luck...waslam....